Saturday, 14 November 2015
Ilmu Emas
Ilmu Emas
Soalan : Simpanan aset barang kemas (BK) boleh dijadikan simpanan asalkan kita tahu kesilapan yang perlu dielakkan, macam mana tu??
Pandangan saya untuk simpanan aset berbentuk BK..
Berkenaan BK (brg kemas). Demandnya memang tinggi namun jika untuk kita jual balik, susut nilainya atau spreadnya adalah tinggi iaitu dlm 18%-45%.. Tinggi tu..
BK ni mempunyai dwipenggunaan iaitu boleh dijadikan sebagai perhiasan (pakai) & juga boleh dijadikan sebagai simpanan. Namun perlu tahu jenis yang mana boleh 2 dalam 1 & yang mana 1 je penggunaannya.
So, sebaik-baikya pilihlah 2 in 1 berbanding 1 in 1 je. Disitulah kesilapan yg perlu dielakkan.
1. Gred Ketulenan
Pilihlah gred emas yg tinggi, iaitu 24k atau 22k. Jangan bawah daripada 22k kerana di situ kurangnya kandungan emas didalamnya. Apabila semakin tinggi gred emas tu maka semakin tinggilah nilainya.
2. Jenis Item
Jangan pilih BK yang banyak sangat lopong, kerewang, ada batu (cincin ada batu permata), design lebih-lebih sangat, kosong di dalam (contohnya loket love yang kosong dalammnya), Sebaliknya pilih BK yg solid & padu. Seperti jenis gajah padu, rantai mesin, cincin belah rotan, loket padu dll.
3. Harga
Harga pun mainkan peranan penting juga. Banyak kedai yang menawarkn harga emas yg berbeza tp kualiti atau ketulenan emas tu sama je. Contohnya kedai A jual ketulenan BK 916 pada harga RM175/g, manakala kedai B pula jual pada harga RM189/g dengan ketulenan emas yang sama juga 916. Tapi ada juga 1 kedai tu, kedai C ada jual RM163/g pun emas 916, ketulenan yang sama. So mana pilihan anda? Kenapa perlu bayar lebih sedangkan ketulenannya yang sama, harga je berbeza. So kena rajin survey.
4. Kadar Upah Tukang (Upah)
Ha.. ni pun penting juga & selalu orang terlepas pandang. Konon ada kedai menawarkn harga rendah tapi upahnya pula tinggi. Ada kedai yang jual pada harga tinggi tp upah sederhana boleh tahan la. Begitu juga sama seperti kat atas, kita kena pandai memilih, Jadilah pengguna yg bijak. Kena buat survey dulu. Untuk pengetahuan, upah ni kita boleh nego lagi dengan tokey kedai. So, amalkn tawar menawar di situ. Tak salah untuk tawar menawar, dah nama pun jualbeli kan.. Kemudian tu juga kena mahir main kira-kira. Sudah tahu harga emas segram tu berapa, lepas tu bila tokey kedai tu bagitahu terus je harga 1 item BK tu, so kita leh kira sendiri sebab nak tahu berapa upahnya. So, di situ upah korang boleh nego sendiri. Jadi tokey pun nampak kita ni ada ilmu, tak mudah di tipu.. Tp klu harga dah fix tu tak dapekla la den nak nolong..
BELI EMAS DISINI !!!
Labels:
INFO EMAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment