Saturday, 14 November 2015
Wang di zaman kerajaan Umawiyyah
Wang di zaman kerajaan Umawiyyah
Usaha kearah mewujudkan wang dirham di zaman pemerintahan Umawiyyah telah bermula sejak Muawiyah bin Abi Suffian R.A. memerintah dengan mengikut reka bentuk wang kerajaan Sasaan( Parsi) di Iraq dengan meletakkan beberapa lambang tauhid seperti yang berlaku di zaman khulafa'.
Semasa pemerintahan Abdul Malik bin Mirwan, selain kejayaannya menghapuskan pengaruh dua orang penentangnya iaitu Abdullah dan Mus'ab bin az-Zubair R.A, beliau telah berjaya mencipta wang dimana ini berlaku pada tahun 76 hijrah dengan munculnya mata wang Islam khas yang bebas daripada sebarang pengaruh Rom dan Parsi. Dengan itu Abdul Malik bin Mirwan dikira sebagai orang atau khalifah yang pertama yang telah berjaya mencipta wang daripada dinar dengan memiliki cirri-ciri keislaman.
Beberapa pendapat tentang kenapa Abdul Malik bin Mirwan bertindak demikian. Setengah pendapat mengatakan ianya berlaku diatas dorongan agama dimana wang dinar pada masa itu diukir dengan tanda-tanda salib (Kristian). Sesetengah pula mengatakan ianya disebabkan berlaku sangketa antara baginda dan raja Rom.
Walau bagaimanapun, kemajuan wang dicapai oleh Abdul Malik bin Mirwan telah menjadikan kerajaan Islam pada masa itu berada dalam keadaan mantap dan berkurangnya gejala penipuan terhadap matawang. Suasana ini berterusan hinggalah ke zaman pemerintahan Yazid bin Abdul Malik dan Hisham bin Abdul Malik.
BELI EMAS DISINI !!!
Labels:
INFO EMAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment