Sunday 6 December 2015

Amizah simpan satu gram emas satu bulan



MENDENGAR kisah wanita berusia 30 tahun ini melakar kerjaya berputik keinginan untuk menjadi sepertinya. Dia berkorban kerjaya demi anak-anak. Berkorban kebebasan demi melihat yang tersayang membesar di hadapan mata.
Dia tidak berfikir panjang untuk melakukan pekerjaan apa setelah berhenti makan gaji. Apa yang ada dalam hatinya adalah keinginan untuk mendewasakan anak di tangan sendiri. Itulah matlamat utama Siti Amizah Zainol.
Amizah punyai kerjaya unik yang tersendiri. Dia suri rumah, tapi suri rumah yang bergaji. Dia hanya menjadi penyimpan bar emas setiap bulan sehingga mampu menjana pendapatan lumayan dan bergelar stokis Powergold, pada hari ini. Bagaimana?
Dan inilah yang ingin dikongsikan personaliti WOW minggu ini. Berkongsi kempen untuk menyimpan satu gram emas satu bulan dengan para wanita bergelar suri rumah yang lain. Amizah, ada formulanya.
Bermula dengan kosong
“Saya bermula dengan modal yang kosong. Tiada wang simpanan dan tiada gaji selepas ambil keputusan untuk berhenti kerja. Ketika itu anak sulung saya Mikhail masih kecil. Saya tidak sanggup berjauhan dengan dia sebab itu saya tinggalkan kerja di bidang kecantikan.
“Memang saya berhenti tanpa berfikir panjang. Saya nekad demi anak. Demi untuk membesarkan anak dengan tangan sendiri dan pada masa sama mahu berkhidmat untuk suami sepenuhnya. Awalnya memang susah sebab hidup dengan duit nafkah suami. Nak belanja itu ini pun rasa bersalah. Sebab itu duit suami. Suatu hari saya terbaca iklan mengenai Powergold di Facebook rakan. Dari situlah perubahan hidup saya bermula,” katanya.
Bermatlamatkan mahu menyimpan pada mulanya, Amizah membeli satu gram emas pada harga pasaran waktu itu. Beliau turut mendaftar keahlian dengan niat pada masa akan datang dapat membeli pada harga jauh lebih rendah dari pasaran. Dan siapa sangka, simpanannya kian bertambah dan pendaftaran ahli yang berminat untuk membeli sepertinya juga semakin meningkat.
Dari sekadar ahli biasa dan penyimpan bar emas, dia kemudian mengorak langkah mendaftar sebagai stokis. Perkongsiannya di alam maya menerusi Facebook Amizah Zainol dan medium  www.taukeemas/MUMYZARAMIKH mendatangkan hasil dan kempen yang dijalankannya kepada suri rumah untuk sama-sama menyimpan bar emas sepertinya mula berhasil.
Dari puluhan ahli menjadi ratusan stokis dan kini, Amizah telah membantu lebih 1,000 ahli untuk menjana pendapatan di bawah bimbingannya serta menjana pendapatan berjumlah lima angka sebulan.
Harga emas selalu meningkat
“Penting menyimpan emas kerana harga emas semakin lama semakin meningkat. Suri rumah kena banyak menabung dan dengan cara inilah tabungan menjadi semakin banyak, tidak berkurangan. Berbeza dengan simpanan tunai yang selalunya akan kita gunakan pada bila-bila masa,” sambung Amizah.
Suami yang dahulunya sekadar menjadi pemerhati dan memberi sokongan moral kini telah sama-sama menyertai Amizah dalam Powergold malah menjadi tunggak utama perjalanan karier beliau.
Powergold menyediakan bar emas seberat 0.5 gram yang tidak mencecah RM100 untuk suri rumah atau mereka yang berpendapatan rendah tetapi ingin menyimpan emas. Emas dalam bentuk bar tersebut boleh dikumpul dan ditukar dengan barangan kemas yang setanding dengan jumlah gram terkumpul.
Bangkitlah mencipta kejayaan
Optimis bergelar jutawan emas suatu hari nanti, Amizah ingin mengajak suri rumah turut serta mengorak langkah sepertinya.
“Kenapa saya ajak suri rumah? Kerana saya seperti mereka. Ketika saya terikat dengan kerjaya dahulu, saya terperangkap dengan diri sendiri. Kerja makan gaji dan tidak terfikir untuk menjadi seperti hari ini. Namun setelah saya menjadi suri rumah, saya mula memotivasikan diri untuk memulakan langkah mencari rezeki sampingan buat keluarga.
“Suri rumah tidak terikat dengan masa. Bebas menyusun jadual sendiri malah, untuk bertemu klien sekali pun anak-anak boleh dibawa bersama dan perbincangan dijalankan secara santai. Jadi apa tunggu lagi?,” katanya.
Si cantik yang peramah ini turut berkongsi pengalaman agar menjadi seorang yang peramah dan mudah didekati.
“Kebanyakan suri rumah selalu rendah motivasi. Nasihat saya supaya berkongsi dan berkawanlah dengan mereka yang telah berjaya dan ambil tip mereka. Saya sendiri tidak sangka saya akan sampai ke tahap ini. Bersikap ramah akan membantu anda mengembangkan rangkaian serta kenalan. Usah malu untuk bertanya dan belajar daripada mereka yang lebih senior dan berpengalaman.
“Rajin-rajinlah memotivasikan diri. Sekarang dunia sudah diiringi dengan teknologi. Tidak berjumpa di mana-mana pun kita masih boleh berkomunikasi menerusi FB dan aplikasi WhatsApp. Semuanya mudah. Pokok pangkalnya sama ada kita hendak atau tidak. Kita motivasikan diri atau putus asa. Itu sahaja,” katanya.
Amizah turut membuka peluang dan konsultasi percuma kepada wanita yang ingin mendengar perkongsian pengalaman hidupnya dalam bidang ini. Beliau boleh dihubungi menerusi Facebook untuk membuat temu janji.



No comments:

Post a Comment