Tuesday, 1 December 2015

Kisah Urwah bin Ja’ad al-Bariqi


Kisah Urwah bin Ja’ad al-Bariqi

Sahabat Urwah diberi wang satu dinar oleh Rasulullah saw untuk membeli seekor kambing. Kemudian ia membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Ketika ia menuntun kedua ekor kambing itu, tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan menawar kambing tersebut. Maka ia menjual seekor dengan harga satu dinar. Kemudian ia menghadap Rasulullah dengan membawa satu dinar wang dan satu ekor kambing. Beliau lalu meminta penjelasan dan ia ceritakan kejadiannya maka beliau pun berdoa:
“Ya Allah berkatilah Urwah dalam bisnesnya.”

Imam Ahmad dalam Musnadnya (IV/376), Bukhari (Fathul Bari VI/632), Abu Dawud (no. 3384), Tirmidzi (no.1258), dan Ibnu Majah (no.2402)

Pengajaran Hadis

1. Keutamaan sahabat Urwah bin Ja’ad kerana mendapat doa dari Nabi, “Ya Allah, berkatilah Urwah dalam bisnesnya.”

2. Metod doa nabi ; Nabi mendoakan keberkatan kepada bisnes Urwah, bukan semata-mata mendoakan harta bertambah banyak! Begitu juga ketika nabi mendoakan Anas bin Malik supaya umur dan hartanya diberkati Allah.

3. Keutamaan nilai matawang berasaskan emas (dinar). Jika 1400 tahun yang lalu harga seekor kambing  1 dinar yakni bersamaan RM700-RM900.00. Inilah lingkungan harga kambing pada hari ini. Matawang berasaskan emas dan perak bebas inflasi dan bebas spekulasi. Berbanding matawang kertas yang diasaskan oleh orang Yahudi dan Amerika, nilainya 100 tahun yang lalu berbeza berganda-ganda. Belum lagi 1000 tahun!

BELI EMAS DISINI !!!

No comments:

Post a Comment